99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

afiq_streetz menulis ”

Jangan melukai hati orang lain;
Jangan membuka aib orang lain;
Jangan membiasakan berkata dusta;

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do’a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;

99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang”

Merokok dan Ketagihan Nikotin

Watashiwa_Baka menulis “Sejak sekian lama merokok telah dianggap sebagai habit sosial atau kebiasaan dalam sesebuah masyarakat. Asap rokok terdiri daripada campuran…

Sejak sekian lama merokok telah dianggap sebagai habit sosial atau kebiasaan dalam sesebuah masyarakat. Namun begitu, melalui data dan kajian yang dikumpul sejak lebih 2 dekad yang lalu, dapat dibuktikan bahawa merokok merupakan suatu proses ketagihan yang serius dan berpunca daripada nikotin yang terdapat dalam tembakau.

Asap rokok terdiri daripada campuran pelbagai jenis gas dan bahan kimia, antaranya ialah nikotin yang merupakan sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan, sama seperti morfein dan heroin. Apabila asap rokok disedut ke dalam peparu, nikotin akan diserap kedalam aliran darah dan dihantar ke otak. Dalam masa 10-20 saat, nikotin akan sampai ke otak dan merangsang penghasilan dopamine di dalam nucleus accumbens pada sistem mesolimbic. Kajian ke atas haiwan telah membuktikan bahawa proses penghasilan dopamine yang dirangsang oleh nikotin ini merupakan sebab utama ketagihan rokok.

Selain daripada itu, bukti klinikal juga telah membuktikan bahawa nikotin didalam tembakau memenuhi kriteria dadah yang menyebabkan ketagihan. Ini kerana, nikotin menyebabkan perokok tidak dapat mengawal diri daripada merokok, sukar untuk mengawal penggunaan (contohnya berhenti merokok), terus merokok walaupun tahu kesan buruk merokok, serta mengalami withdrawal syndromes apabila cuba berhenti merokok.

Nikotin Withdrawal Syndrome.

Salah satu sebab kenapa nikotin merupakan satu dadah yang menyebabkan ketagihan yang serius ialah Nicotine Withdrawal Syndrome yang dialami oleh perokok apabila mereka cuba untuk berhenti merokok. Syndrome ini melibatkan perubahan pada perwatakan serta melibatkan perubahan fizikan dan psikologikal pada perokok.

Antara simptom-simptomnya adalah:

Simptom
1. Mudah marah
2. Tertekan
3. Resah gelisah
4. Tidak dapat berehat dengan cukup
5. Tidak dapat menumpukan perhatian
6. Selera makan meningkat
7. Keinginan untuk merokok semula
8. Tidak dapat tidur
9. Degupan jantung yang lemah

Hampir semua simptom-simptom ini dapat diatasi melaui penggunaan Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang boleh didapati di farmasi melalui nasihat doktor.

Kebanyakan simptom akan beransur hilang dalam masa 4 minggu dari tarikh berhenti merokok, walaupun selera makan yang meningkat memerlukan lebih 10 bulan untuk kambali ke paras asal dan menyumbang kepada berat badan perokok yang bertambah. Daripada kesemua simptom diatas, tekanan/stress dan keinginan untuk merokok merupakan sebab utama kegagalan perokok untuk berhenti merokok secara kekal.

Rawatan

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menolong para perokok untuk berhenti merokok.
Antaranya ialah kaunseling dan terapi di klinik, bantuan dan sokongan ahli keluarga dan sahabat handai, azam dan semangat untuk berhenti,menggunakan diari untuk merekodkan hari-hari yang tidak merokok, akupuntur, serta rawatan menggunakan ubatan seperti Nicotine Replacement Therapy dan Bupropion HCL.

Sebagai panduan, langkah -langkah untuk berhenti merokok adalah:

1. Tetapkan masa untuk berhenti merokok, contohnya dalam masa 1 minggu akan datang.

2. Beritahu ahli keluarga, sahabat, dan rakan sekerja yang anda ingin berhenti merokok.

3. Buang atau hindari segala benda yang dapat mengingatkan anda untuk merokok seperti kotak rokok, lighter, bekas abu rokok dan sebagainya.

3. Berhenti merokok secara total pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Gunakan pengalaman berhenti merokok yang lalu (walaupun tidak berjaya!) sebagai panduan untuk mengenalpasati strategi yang patut diambil atau diperbaiki untuk cubaan berhenti merokok yang seterusnya.

5. Kenalpasti punca-punca yang boleh menyebabkan keinginan untuk merokok seperti berehat selepas makan, bergaul dengan orang sahabat atau ahli keluarga yang merokok, dan stress.

6. Elakkan diri daripada berhadapan dengan situasi-situasi yang boleh menyebabkan anda ingin merokok (seperti diatas); jika tidak dapat dielakkan, gunakan strategi yang berkesan seperti beredar dari tempat yang ramai perokok, meminta perokok disebelah anda untuk berhenti, elakkan berbaring atau bermalasan selepas makan, ubah cara hidup dan sebaginya.

7. Sibukkan diri anda dengan bersukan dan sebagainya untuk mengelakkan keinginan merokok.

8. Minum air suam dengan kerap dan makan banyak buah-buahan. Ini kerana air dan serat dalam buah-buahan akan menyebabkan anda berasa kenyang @ “full” dan mungkin dapat mengatasi keinginan untuk merokok. Elakkan minuman bergula, kopi dan teh, serta makanan berat kerana karbohidrat dan kafein berpotensi untuk membuatkan anda ingin merokok semula.

5. Selain daripada langkah-langkah diatas,pada masa yang sama gunakan produk Nicotine Replacement Therapy seperti skin patch, buble gum dan sebagainya atas nasihat doktor untuk membantu anda berhenti dengan lebih berkesan.

6. Pada mereka yang beragama Islam, banyakkan solat, membaca al-Quran, berpuasa serta berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berhenti merokok.

Sebagai kesimpulannya, merokok merupakan suatu ketagihan yang serius, kesan daripada nikotin yang terdapat dalam tembakau. Para perokok yang ingin berhenti merokok perlu berazam, berusaha sedaya upaya, meminta bantuan ahli keluarga dan sahabat handai, menggunakan Nicotine Replacement Therapy serta bersedia menghadapi proses withdrawal yang akan berakhir beberapa minggu dari tarikh berhenti merokok.”

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

aimax menulis ”
Tahi telinga bertindak sebagai
pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan
debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga….

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas,
pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci
kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau
mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan
mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini
kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai
pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat
perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim,
berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan
keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga
mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara
berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu
mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga
dengan
bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan
terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan
pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh
menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak
perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap
individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau
berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas
untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan
itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam,
melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas
tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini
lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang
menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf
dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga
kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri
boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga,
terutama gegendang telinga”, katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan
di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin
telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh
telinga.
Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran,
lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi
kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian
besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis
keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung
kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di
dalam tahi telinga,” katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai
pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan
debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya
tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga
bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan
kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.
“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan
dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan
mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan
kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir
individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak
terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali
sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang
mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital
untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak
mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik
atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor
menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.
Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya
akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi
telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana
dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama
itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga
akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.

“HANYA TAHI HIDUNG YANG PERLU DIKOREK SETIAP HARI”

Antara sabar dan mengeluh

afiq_streetz menulis ”
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba……

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita
itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
“Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagai mana hal yang merisaukanmu?”

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,
“Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?”

Jawab a diknya, “Baiklah kalau begitu ?”

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”

Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara
sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di
mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh
setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena
musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah
hadith Qudsi,:

” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: ” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”

Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan
orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan
memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.”

SMT Shah Alam

Terkini!! Semak Kemasukan SMT di sini


Semakan Kemasukan Ke SM Teknik (Ambil Kedua 2007)
KEPUTUSAN Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik tingkatan 4 tahun 2007 – Sila semak nama klik link di bawah
Senarai Pelajar Ambilan Keduasemakan

Surat tawaran kepada pelajar yang berjaya untuk ambilan kedua telah dipos. Calon yang berjaya mendapat tempat di SM Teknik Shah Alam, tetapi belum mendapat surat tawaran, sila berhubung dengan pihak sekolah  di talian 03-51916326. Hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 adalah pada 12 Februari 2007. Sila bawa dokumen yang lengkap dan slip bayaran Maybank seperti yang diminta dalam surat tawaran. PELAJAR DAN SEORANG WARIS SAHAJA DIBENARKAN MASUK KE DEWAN PENDAFTARAN.


Di SMTSA, terdapat empat kursus ditawarkan, iaitu Amalan Bengkel Mesin (ABM – 120 tempat), Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL – 90 tempat), Kejuruteraaan Mekanikal (KM – 400 tempat) dan Pengaturcaraan Komputer (PK – 20 tempat).


********************************************************
bismillah
MOHD KAMARUL HAYAT BIN MOHD DALI
, pelajar kelas 5 Nilam yang tinggal di Taman Bukit Subang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Januari 2007, Jumaat pada jam 12.35 tengah hari. Beliau yang baru keluar dari sekolah untuk pulang menunggang motosikal telah terlibat dengan kemalangan di Jalan Batu Tiga berhampiran lampu isyarat kilang gula.

Pihak sekolah dengan diketuai oleh Pengetua dan diiringan seramai 15 orang guru serta 50 pelajar telah menziarahi dan solat jenazah beliau di Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Pihak sekolah sudi menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi urusan pengurusan jenazah. Jenazah beliau kemudiannya dibawa keluarga pulang ke tempat lahir di Melaka untuk dikebumikan.

Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada kaum keluarga Mohd Kamarul Hayat dan berdoa semoga ruhnya dilimpahi rahmat Allah dan tergolong di kalangan hambaNya yang muttaqin.

 

Titipan saat indah bersama Allahyarhamah Pn. Fajriah bt. Ashari yang meninggal dunia pada 21 November 2006 jam 11.58 pagi.Seorang guru yang sangat baik dengan rakan sekerja, penyayang dengan anak-anak pelajar dan mencurahkan khidmat bakti yang cukup banyak untuk sekolah demi mendidik warga sekolah ke arah keredhaan Allah.Takziah untuk keluarga. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang salihin.

Klik di sini untuk
TAKZIAH UNTUK KELUARGA CIKGU FAJRIAH


TULIS TAKZIAH                   BACA TAKZIAH

Sekolah Menengah Teknik Shah Alam
Sekolah Menengah Teknik Shah Alam memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara (ASHN) peringkat negeri Selangor kategori Sekolah Menengah seperti yang diumumkan dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Selangor di Peransang Court, Rawang. Dengan kemenangan ini, SMTSA layak dinilai oleh Jemaah Nazir untuk bertanding di peringkat kebangsaan tahun depan. Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah atas usaha yang bersungguh-sungguh untuk kejayaan ini. Bravo!!

Pantun Raya ikut Negeri

aliff menulis ” Kedah…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau…

Kelantan…
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan…
Masak lo mak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi wa dulu

Perak…
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang…
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis…
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

hahaha inilah loghat malaysia..walaupun pelbagai bahasa,sebutan dan ejaan kite tetap satu bangsa yg duduk di bumi aman damai..
MALAYSIA BOLEH!!!! :)