| Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh
Saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya dapat saya mencoretkan sepatah dua
kata untuk ruangan portal sekolah ini.
Seiring dengan kecanggihan sains dan teknologi,
kerajaan seringkali mewar-warkan tentang betapa pentingnya celik ICT di
kalangan rakyat Malaysia.
Negara Malaysia
yang pesat membangun memerlukan rakyat yang sentiasa peka dan tahu
mengendalikan teknologi maklumat dengan berkesan. Justeru, sebagai menyahut
seruan kerajaan, SMTSA turut mengambil langkah pertama dengan membina portal
untuk memberikan informasi yang terkini, di samping mengambil beberapa langkah proaktif memperlengkapkan
pelajar dengan dunia IT, antaranya dengan mewujudkan Portal Interaktif ini. |
Saya sekali lagi melafazkan rasa syukur kerana dengan limpah petunjukNya, pihak
Unit ICT sekolah telah berjaya membina portal secara interaktif ini untuk
memperkenalkan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam ke seluruh dunia, di samping
menjadi tempat warga sekolah, guru serta pelajar berkomunikasi secara maya
dengan sebaiknya.
Akhirnya, adalah diharapkan agar para pengunjung ke portal ini akan
mendapat serba sedikit maklumat berkenaan sekolah kami. Semoga portal ini akan memberikan manfaat dan dimanfaatkan semua.
Sekian, terima
kasih,
"Berkhidmat
Untuk Negara"
Pn. Hjh. Fuzyah binti Abdullah
Pengetua
SM Teknik Shah Alam
fuzyah@smtsa.net
Copyright © by Sekolah Menengah Teknik Shah Alam SMTSA Portal All Right Reserved.